Friday, November 26, 2010

"Hari ini gua free so gua ada "STORY" pasal kawan lagi."


salam readers!

Hari ini kamu semua apa khabar? sihat? owh.kalau sihat baguslah..kalau tak sihat pergi klinik cepat-cepat yea.(*muka concern.dahi berkerut..cemas)..dah lama saya tak menggunakan bahasa baku untuk tulis entry dekat "blog" saya ni.(*ayat nie macam pelik.abaikan.).

Sebelum saya mula bercerita pasal apa yang saya ingin ceritakan berdasarkan tajuk yang saya tulis dekat atas tu,(kah! ayat skema nak mati) manis sekiranya saya menyanyi terlebih dahulu.apa orang kata sebagai pembuka bicara.kah!(wah! seyes.cam shit!xde kaitan!).Sebenarnya tujuan saya menyanyi adalah untuk dijadikan muzik latar ketika kamu semua membaca "entry" saya nanti.barulah "best". Layan "blog" saya dengan nyanyian saya yang merdu.lagi pon suara saya kan sedap! macam mawi. tapi time die tengah nyanyi dalam bilik air la.Okailah kan.macam mawi jugak daripada takde!

..............................

kamu semua dah sedia?oleh kerana cerita yang saya nak sampaikan ni "macam" sedih, so lagunya pon kene sedih jugak.

"Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur



Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan"

...........................................

ceritanya begini. 

Watak Utama dalam cerita ini ialah Meggi kari dan Meggi ayam. Mereka  merupakan sahabat karib. Mereka tinggal bersama-sama di Apartment dekat area-area bukit antarabangsa. Oleh kerana mereka sahabat karib, sudah tentulah 
kemana mereka pergi,. kedua - duanya pasti bersama.( owh.jantina mereka aku tak dapat pastikan.sory!). Meggi kari bekerja sebagai tukang kebun di rumah seorang dato'.Sementara Meggi Ayam bekerja sebagai "cashier" di sebuah pasaraya ternama berdekatan dengan tempat kerja Meggi Kari.

Semuanya baik-baik belaka, sehinggalah pada suatu hari mereka bergaduh besar. K
edua - duanya tidak mahu mengalah lantas menyalahkan sesamada sendiri. 
Akhirnya, meggi kari dengann bongkak pun berkata 
" kalau aku jumpa ko kat mana2 aku akan tumbuk kau.." meggi kari mengugut meggi ayam. 


Selepas bergaduh besar, meggi kari berkawan rapat dengan pau kaya. dia memberitahu pau sekiranya mereka jumpa meggi ayam dimana-mana, mereka akan tumbuk meggi ayam sepuas-puasnya. Sungguh busuk hati maggi kari. Dah macam bawang merah dah.ish..ish.ish.


Pada suatu hari, sedang mereka berjalan-jalan mereka ternampak bihun ayam sedang berjalan2. Mereka pun menyerang bihun tersebut dan tanpa belas kasihan mereka memukulnya..
Bihun ayam (keluaran PAMA) yang dalam kesakitan pun berkata 



"Weyh..ouchh...aduh..sakit..uOllss..apa kesalahan yang  mak buat? mak tak kenal pun uOllss..huhuhuhu"..sambil menangis tersedu-sedu.


Meggi kari pun berkata "Ah..dah la ko meggi ayam, ingat aku bodoh? ko ingat aku x kenal kat ko? aku still kenal ko walaupun ko da buat TEKNIK REBONDING dengan berjayanya.."sambil gelak jahat & kejam..

Mereka terus membelasah bihun ayam tanpa belas kasihan.meraung-raung lah bihun ayam di situ.(kesian nyah) Disatu lokasi tempat yang laen,( tak boleh bagitau, nanti kantoi ngan maggi kari), meggi ayam sedang menonton wayang bersama kawan karib nya yang baru iaitu karipap sardin.

Okai.cerita yang saya nak sampaikan nie sudah tamat. Agak-agak boleh cecah 40 juta tak kalau saya buat filem?.kah.kah.


P/s: kawan makan kawan.ape kau rasa.? 
< aku rasa kau tak pernah @ payah wujud laaagi bagus...>




4 orang pijak:

  1. tajuk nye...
    megi 3 alam....hahaa

    ReplyDelete
  2. hahahaha.

    megi 3 alam..

    goreng pon sodap=)

    ReplyDelete
  3. hahahha..pernah baca tapi versi maggie jadi spagetti, bihun x puas hati

    ReplyDelete

Kritikan Membina